fb fb fb fb fb

KKM jamin luar bandar Sabah tidak terpinggir rawatan berkualiti

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melawat Klinik Kesihatan Batu Puteh, Kinabatangan, hari ini/Foto Facebook Dr. Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Kementerian Kesihatan (KKM) memastikan penduduk luar bandar Sabah mendapat akses lebih baik kepada rawatan kesihatan berkualiti dengan memberi penekanan kepada khidmat Pakar Perubatan Keluarga (FMS) dan perkhidmatan pergigian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu antara fokus lawatannya ke Klinik Kesihatan Batu Puteh Kinabatangan hari ini yang merupakan fasiliti kesihatan primer yang menjadi nadi kepada komuniti pedalaman kawasan tersebut.

"Klinik ini bakal dipindahkan kira-kira 3 kilometer dari lokasi asal bagi memberi laluan kepada projek Lebuhraya Pan Borneo, dan akan dibina berhampiran kawasan penempatan semula.

“Klinik baharu ini kelak perlu dinaik taraf sekurang-kurangnya kepada Klinik Kesihatan Jenis 3 bagi memenuhi keperluan penduduk, memandangkan jumlah kedatangan pesakit yang tinggi dan pertambahan komuniti baharu hasil pemindahan penduduk,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dr Dzulkefly turut merakamkan penghargaan atas sambutan mesra dan komitmen tinggi semua petugas kesihatan yang ditemui sepanjang lawatan tersebut.

Beliau berharap usaha itu akan terus memberi manfaat kepada rakyat dari pesisir pantai hingga ke pedalaman.

GRACE AISYAH KEDAYAN