fb fb fb fb fb

KKM cadang beri cuti kepada pekerja yang lakukan saringan kesihatan

REMBAU, 11 September- Kementerian Kesihatan (KKM) akan membawa cadangan untuk majikan memberi cuti khas satu hari kepada pekerja bagi menjalani saringan kesihatan.

Ia bakal dibincangkan dalam Belanjawan 2023 memandangkan ia memberi kesan kepada majikan.

Menurut KKM, kesedaran rakyat berhubung kepentingan saringan kesihatan masih lagi rendah.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata ia berikutan pekerja terpaksa mengambil cuti daripada jumlah yang dibenarkan sebelum ini untuk tujuan tersebut. 

"Saya ingin minta supaya pekerja nak melakukan saringan kesihatan biasanya setahun sekali, mereka diberikan cuti. Majikan beri mereka cuti untuk melaksanakan saringan kesihatan," kata Khairy ketika ditemui pemberita pada Program Merdeka @ Parlimen Rembau di Balai Raya Kampung Seri Kendong, di sini.


(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berucap pada Program Merdeka @ Parlimen
Rembau di Balai Raya Kampung Seri Kendong)

Tambahnya, statistik menunjukkan 53% rakyat Malaysia tidak menyaring kesihatan sejak setahun yang lalu.

Media Baharu