fb fb fb fb fb

GIATMARA berjaya hasilkan 40 jutawan - PM

BERA, 11 September- Seramai 40 jutawan berjaya dihasilkan menerusi penubuhan GIATMARA sejak tahun 1986.

Penubuhan institusi itu juga memberi peluang kepada lebih ramai anak muda mendalami ilmu dalam pelbagai bidang kemahiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain menjadi antara pilihan utama pelajar lepasan sekolah, kadar kebolehpasaran pelatih GIATMARA juga sangat tinggi.

“Ramai yang berminat untuk masuk ke GIATMARA kerana apabila mereka masuk ke alam pekerjaan, mereka bukan sahaja boleh bekerja tetapi boleh menjalankan perniagaan sendiri.

Pelbagai kursus yang disediakan sejak ia mula ditubuhkan, lebih kurang 400,000 telah pun dilatih dan GIATMARA telah hasilkan 40 jutawan. Oleh sebab itu, kedatangan GIATMARA sangat dialu-alukan," kata Ismail ketika berucap pada Program Moh Ngeteh dan Kampungku Mahir anjuran bersama GIATMARA di Kampung Kuala Triang, di sini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Program Moh Ngeteh dan
Kampungku Mahir anjuran bersama GIATMARA di Kampung Kuala Triang)

Jelasnya, 80% pelatih yang mengikuti kursus di GIATMARA berjaya mendapat pekerjaaan, malah ada yang terlibat dalam bidang perniagaan.

Mengulas lanjut beliau berkata program GIATMARA di kawasan kampung itu akan diperluas bagi mendekati komuniti setempat, selain dapat memberi maklumat berkaitan kursus disediakan terutamanya kepada golongan muda.

Media Baharu