fb fb fb fb fb

KKM bakal beri vaksin Influenza percuma kepada warga emas

PETALING JAYA, 7 September- Pemberian vaksin Influenza secara percuma kepada warga emas berumur 65 tahun ke atas akan dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diusul ke peringkat Jemaah Menteri.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata cadangan pemberian vaksin Influenza ini dilihat efektif dalam memastikan warga emas berada pada tahap kesihatan yang baik kerana golongan itu berisiko tinggi mendapat komplikasi sekiranya dijangkiti.


(Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada Majlis Pelancaran
Kempen ‘Preventing The Flu at 65 and Beyond’ di sini)

"Perkara itu saya akan bawa di mesyuarat KKM bersama yang amat berhormat menteri untuk menyatakan kepentingannya dan pakar-pakar juga kata penting, cadangan dari persatuan untuk memberikan percuma. bagus sebab untuk memudahkan lagi orang-orang yang berumur 65 tahun keatas. saya percaya golongan umur 65 tahun dan keatas tidaklah ramai. Perkara itu penting dan akan dibawa dalam meeting KKM untuk diperhalusi" katanya di sini.

Beliau berkata cadangan pemberian vaksin Influenza ini dilihat efektif dalam memastikan warga emas berada pada tahap kesihatan yang baik di samping membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala mengikut keperluan.

Beliau menasihati orang ramai untuk terus mengamalkan langkah kawalan kesihatan seperti pencegahan virus COVID-19 susulan ciri-ciri penyakit tersebut yang hampir sama.

Datuk Dr Noor Azmi berkata demikian pada sidang media selepas majlis Pelancaran Kempen ‘Preventing The Flu at 65 and Beyond’ di Petaling Jaya.

Media Baharu