fb fb fb fb fb

Jambatan Bailey rosak teruk kerja baik pulih giat dijalankan

BALING, 7 September- Ekoran banjir yang melanda Kg Iboi petang semalam, jambatan Bailey yang dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada kejadian pertama banjir yang berlaku pada 4 Julai lalu, turut mengalami kerosakan teruk.

Struktur Jambatan Bailey tersebut turut senget dan mengalami sedikit pergerakan daripada kedudukan asal.

Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaiki semula struktur jalan dan jambatan yang rosak itu.


(Jambatan Bailey Kampung Iboi ditutup)

Kerja baik pulih jalan dan jambatan ini dijangka mengambil sedikit masa untuk disiapkan ekoran keadaan jambatan dan jalan memerlukan sedikit ketelitian untuk dibaiki dengan sempurna bagi kegunaan penduduk kampung tersebut.

Setakat ini jalan yang menghubungkan Kg Iboi di kedua-dua laluan terpaksa ditutup iaitu jalan yang menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi untuk memberi laluan kepada kepada kerja-kerja tersebut. 

Pihak kontraktor juga melaksanakan kerja-kerja mendalamkan sungai bagi memudahkan aliran air sungai tidak melimpah keluar sekiranya banjir berlaku lagi.

Media Baharu