fb fb fb fb fb

38 ribu individu bekerja sendiri carum SKSPS - PERKESO

JOHOR BAHRU, 7 September- Seramai 34,806 individu daripada 267,500 Orang Bekerja Sendiri (OBS) di Johor, telah mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) setakat ini.

Jumlah tersebut mencapai sasaran pencarum skim yang ditetapkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Johor, dengan 18,788 OBS mendaftar, tahun ini.


(Pengarah PERKESO Johor, Tong Sing Chuang)

Pengarah PERKESO Johor, Tong Sing Chuang berkata, kerjasama pengamal media diperlukan, bagi memberi pendedahan SKSPS kepada umum, dan membolehkan lebih ramai OBS mendapat perlindungan sosial.

Selain itu, skim tersebut memanfaatkan pengamal media sambilan atau `stringer’ yang dikategorikan sebagai bekerja sendiri, bagi menerima lapan faedah sekiranya berlaku kemalangan semasa membuat liputan berita.

23 pengamal media daripada Kelab Media Johor (KMJ), telah mencarum SKSPS, pada hari ini.

"Memandangkan mereka kan, pengamal media, kebanyakan berstatus freelance, so mereka sesuai mencarum dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, dan pada tahun ini juga, PERKESO, Kerajaan Perksekutuan, melalui PERKESO, akan memberi SKSPS, dimana kerajaan persekutuan, memberi subsidi lah sebanyak 80 peratus caruman SKSPS ini," katanya semasa Taklimat PERKESO Bersama Media di Pejabat PERKESO, di sini.

Dalam pada itu, Tong memberitahu, 158 kes SKSPS diterima PERKESO Johor tahun ini, melibatkan bayaran faedah sebanyak RM210,000.

Daripada jumlah tersebut, 113 kes merupakan kes Hilang Upaya Sementara.

Media Baharu