fb fb fb fb fb

KKM arah henti penjualan produk rempah mengandungi etilena oksida

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 28 Mei - Penjualan dua produk rempah dari India iaitu Everest Fish Curry Masala dan MDH Curry Powder diarahkan untuk dihentikan, kerana dipercayai mengandungi etilena oksida.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk berkenaan diarahkan menghentikan penjualan produk dan semua platform e-dagang serta media sosial diminta untuk berhenti menyiarkan iklan makanan tersebut serta-merta.

“Etilena Oksida sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca daripada bakteria, virus dan kulat. Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci.

“Penggunaannya dalam makanan dan juga bahan bersentuhan makanan adalah tidak dibenarkan disebabkan bersifat karsinogenik,” kata KKM.

KKM memaklumkan semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) setakat April lepas mendapati hanya terdapat satu pengimportan masuk produk rempah berjenama Everest Fish Curry Masala.

Namun begitu, KKM memaklumkan tiada pengimportan masuk produk rempah berjenama MDH Curry Powder ke Malaysia.

KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk di seluruh negara.

Pada masa ini, KKM melaksanakan pemantauan kandungan aflatoksin, logam berat dan residu racun perosak di dalam produk rempah di semua pintu masuk negara.

Hasil pemantauan dari 2019 hingga April lepas mendapati 43 sampel yang diambil mematuhi keperluan perundangan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhada

TETITIA YUSOFF