fb fb fb fb fb

KKD sasar sumbang 25% terhadap KDNK menerusi ekonomi digital

CYBERJAYA, 2 Jun- Kementerian Komunikasi dan Digital menyasarkan sumbangan Ekonomi Digital Malaysia sebanyak 25% terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata pihaknya telah mengenal pasti sembilan sektor yang berpotensi untuk merealisasikan hasrat itu.

Ia meliputi kewangan digital, perkhidmatan digital, kesihatan digital dan perdagangan digital sekali gus mampu membuka 500,000 peluang pekerjaan.

"Jadi, saya harap bahawa dengan usaha sekarang melalui MDEC dan juga melalui program pemangkin, sembilan sektor kita sasarkan ini diharap dapat membuka peluang pelaburan baharu masuk ke Malaysia untuk kita bangunkan ekonomi digital negara," kata Nie Ching kepada pemberita selepas pelancaran Schott Asia IT Service Sdn Bhd (SAITS), di sini.

Dalam majlis itu, SAITS memilih Malaysia sebagai pusat kecekapan teknologi maklumat antarabangsa terbaharunya dan usaha itu dilihat menarik lebih banyak pelaburan asing dalam sektor ekonomi digital negara.


(Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching ditemui media pada pelancaranĀ Schott
Asia IT Service Sdn Bhd (SAITS), di sini)

Media Baharu