(Datuk Seri Dr Zaini ditemu bual selepas Majlis Perasmian Seminar: TVET Pemangkin
Pembentukan Malaysia MADANI bersempena Hari TVET Negara 2023)
SHAH ALAM, 2 Jun- Persepsi terhadap pekerjaan sektor kotor, bahaya dan sukar (3D) perlu diubah bagi mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing.
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata penekanan tentang kepentingan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) secara tidak langsung mampu mengurangkan kebergantungan tersebut.
"Kalau ada seorang pekerja TVET yang betul-betul terlatih, mungkin seorang itu bersamaan lima orang yang tidak terlatih.
"Sebab itu kita mesti beri penekanan kepada TVET dan secara tidak langsung negara kita akan tidak bergantung pada pekerja asing," kata Zaini selepas Majlis Perasmian Seminar: TVET Pemangkin Pembentukan Malaysia MADANI bersempena Hari TVET Negara 2023 di sini.
Jelasnya, TVET merupakan platform membentuk kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi Revolusi 4.0 dan perubahan teknologi pasaran kerja.
(Majlis Perasmian Seminar: TVET Pemangkin Pembentukan Malaysia MADANI bersempena Hari
TVET Negara 2023)