fb fb fb fb fb

Jemaah digalak ambil suntikan Pneumokokal dan Influenza - Syed Salleh

MAKKAH, 2 Jun - 29 daripada 13,000 jemaah haji yang tiba di Tanah Suci dilapor mengalami masalah kesihatan dan mendapat rawatan di pusat rawatan Tabung Haji (TH).

23 daripadanya menerima rawatan di pusat rawatan di Makkah mananakala enam lagi di Madinah.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata 11 jemaah yang dimasukkan ke pusat rawatan mengalami masalah radang paru-paru.

(Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman)

"Kesemua mereka dalam keadaan stabil dan memadai dengan menerima rawatan dengan mengambil antibiotik. Ini bukan perkara yang kita perlu gusar kerana ini dikawal dengan baik oleh pihak perubatan kita.

"Semua pesakit dalam keadaan stabil dan tidak memerlukan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyambut ketibaan 279 jemaah di Makkah.

Syed Saleh turut menggalakkan jemaah haji yang masih belum berlepas ke Tanah Suci untuk mengambil suntikan Pneumokokal dan Influenza bagi mengelak terkena jangkitan radang paru-paru.

Media Baharu