fb fb fb fb fb

PAU 2023 catat sejarah, PM hadir sebagai tetamu kehormat

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 akan mencatat sejarah apabila dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai tetamu kehormat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Perdana Menteri dijadual hadir pada acara pembukaan PAU 2023 pada Khamis ini dan disertai semua presiden bagi 19 parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

"PAU 2023 ada sedikit kelainan dan saya rasa kali ini kita bertuah kerana ada kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 19 presiden parti di bawah gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Ini merupakan satu sejarah buat PAU yang disertai parti yang pelbagai," kata Asyraf dalam sidang media Setiuasaha Agung UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Menurut Asyraf, pelbagai perkara akan dibincangkan dalam PAU 2023 termasuk permohonan keahlian parti menerusi dalam talian akan dipermudahkan susulan permohonan sedia ada memerlukan kelulusan daripada ketua cawangan terlebih dahulu.

"Ia melibatkan peraturan mesyuarat, soal keahlian dan lain-lain yang berbangkit. Selain itu, hasrat presiden parti adalah untuk mempermudahkan lagi soal keahlian parti menerusi dalam talian," tambahnya.


(Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki/BERNAMA)

Tambah beliau, PAU 2023 yang akan berlangsung pada 7 hingga 10 Jun ini akan melibatkan seramai 6,341 orang perwakilan dari seluruh negara serta membabitkan 50 buah agensi media tempatan dan enam agensi media antarabangsa dengan seramai 458 orang petugas media yang telah berdaftar.

Media Baharu