fb fb fb fb fb

KKD sasar operasi bazar Ramadan di KL tanpa tunai

KUALA LUMPUR, 16 April- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berhasrat untuk melihat pada masa akan datang bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur beroperasi sepenuhnya dengan kaedah urus niaga tanpa tunai atau 'Go Cashless'.

Beliau turut berharap dengan kerjasama entiti ekonomi digital seperti Touch & Go dapat membantu para peniaga di bazar Ramadan menggunakan aplikasi e-wallet.

"Kita tak perlu keluarkan duit dan kita boleh terus membayar dengan harga yang tepat. Bagi saya, itu satu kemudahan yang mampu kita manfaatkan. Peniaga tidak perlu pegang duit dan mereka hanya fokus kepada urusan penjualan makanan sahaja," kata Fahmi kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Komuniti Sri Pantai.

Pada program itu, 200 tablet sumbangan Touch & Go diserahkan kepada golongan pelajar yang memerlukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai.

Tambah beliau, kemudahan berkenaan harus dimanfaatkan sebaiknya dan golongan anak muda boleh memajukan diri melalui penglibatan dalam ekonomi digital.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ditemui pemberita pada Majlis Berbuka
Puasa dan Penyerahan Sumbangan Komuniti Sri Pantai)

Media Baharu