fb fb fb fb fb

Pengembara melalui BSI dijangka meningkat sehingga 30 peratus

JOHOR BAHRU, 16 April- Jumlah pengembara yang masuk ke Malaysia melalui Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dijangka meningkat 20 hingga 30 peratus, bermula minggu ini.

Peningkatan sehingga 400,000 pengembara berbanding hari biasa itu, disebabkan kemasukan rakyat tempatan yang bekerja di Singapura dan rakyat Singapura yang datang ke Malaysia.

Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, banyak kaunter akan dibuka di kedua-dua pintu masuk itu, bagi melancarkan lalu lintas.

"Untuk kaunter kereta masuk, kita ada 38 kaunter, nanti yang beroperasi hanya 27.

Bagi kaunter kereta keluar pula, sebanyak 29 kaunter boleh digunakan," katanya di sini.

(Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur)

Sebanyak 50 lorong hybrid dibuka bagi pengguna motosikal, 18 kaunter untuk penumpang bas dan 18 kaunter 'e-gate' juga dibuka.

 

Media Baharu