fb fb fb fb fb

"Bubur Che Minah Sayang" air tangan Raja Permaisuri Agong

KUANTAN, 16 April- Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli memasak "Bubur Che Minah Sayang" hari ini.

Ia bersempena program bubur lambuk di pekarangan bengkel tenun, Penjara Penor, di sini.

Bubur lambuk yang diberi nama oleh Tunku Azizah itu merupakan sempena nama timangan baginda, pertama kali dimasak di Penjara Penor dan akan dijadikan acara tahunan.

"Ini kali pertama saya masak betul-betul. Saya dah janji dengan mereka di tempat tenun, nanti saya akan datang memasak di sini. Hari ini saya memasak bubur untuk seluruh penghuni Penjara Penor. Ia akan dijadikan acara tahunan," kata baginda di sini.

Baginda turut dibantu kakitangan dan warga Penjara Penor dalam penyediaan bahan-bahan masakan seawal pukul 8.00 pagi tadi.
 
Rata-rata teruja apabila dapat melihat secara dekat Tunku Azizah memasak dan menyediakan tiga kawah bubur lambuk.
 
Lebih 2,500 bekas bubur lambuk diedarkan kepada kakitangan dan penghuni Penjara Penor.


(Lebih 2,500 bekas bubur lambuk diedarkan kepadakakitangan dan penghuni
Penjara Penor)

Media Baharu