(Fahmi berucap pada pertemuan dengan warga KKD Kelantan di Jabatan Penyiaran Kelantan)
KOTA BHARU, 13 Januari- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bercadang membentangkan pindaan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) di Parlimen susulan kes kebocoran data peribadi pengguna yang semakin membimbangkan.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata perkara itu sedang diteliti sebelum memorandum dibawa kepada Jemaah Menteri dan berharap ia akan dapat diselesaikan tahun ini.
"Akta Perlindungan Data Peribadi perlu ditambah baik dan jika undang-undang diperkukuh, aspek keselamatan dipertingkat, banyak insiden kebocoran data dapat diatasi," kata Fahmi dalam pertemuan dengan warga KKD Kelantan di Jabatan Penyiaran Kelantan di sini.
Beliau turut menyampaikan sumbangan banjir kepada warga KKD termasuk ahli Kelab Media Kelantan Darulnaim yang terjejas banjir baru-baru ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata kementeriannya juga dalam proses menubuhkan Pusat Kawalan Komunikasi bagi mengatasi masalah rangkaian internet di beberapa kawasan terjejas.
Proses berkenaan diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi menyediakan rangkaian internet kepada komuniti bagi memacu pertumbuhan ekonomi digital.
Sebelum ini ketika sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah RiƔyatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baginda mahu masalah rangkaian internet yang dihadapi komuniti di Kuala Boh, Cameron Highlands, Pahang diatasi.
(Fahmi berkata KKD cadang pinda Akta Perlindungan Data Peribadi atasi kebocoran)