fb fb fb fb fb

Jadikan perayaan Tahun Baharu Cina medium memupuk perpaduan antara kaum

(Teo Nie Ching berucap pada Majlis Budaya Cina Terengganu
di sebuah pasa raya Kuala Terengganu/BERNAMA)

KUALA TERENGGANU, 13 Januari- Jadikan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini sebagai medium memupuk perpaduan antara semua kaum ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam pelbagai bidang.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata ini adalah masa untuk kesemua pihak terutama parti politik mengetepikan sebarang tohmahan dan tuduhan kepada pihak lain.

Perayaan Tahun Baharu Cina ini perlu dijadikan sambutan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain tanpa ada sebarang prejudis.

"Ini bukan masa untuk ahli-ahli politik memanaskan isu, sensasikan isu untuk kepentingan parti politik ataupun diri sendiri. Sudah tiba masa supaya kita memupuk lagi perpaduan antara kaum, agama.

"Saya harap bahawa apabila kita ada perayaan seperti Tahun Baharu Cina yang disambut oleh semua lapisan masyarakat saya percaya ini adalah salah satu cara untuk kita memupuk perpaduan, untuk kita menghayati kepelbagaian ini," kata Teo selepas menghadiri Majlis Perasmian Tahun Baharu Cina di sini.

(Teo berkata jadikan perayaan Tahun Baharu Cina medium memupuk perpaduan antara kaum)

Media Baharu