fb fb fb fb fb

KKD bakal umum pelan pasca bayar terbaik untuk penjawat awam

(FOTO HIASAN)

SEPANG, 6 Ogos - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengumumkan pelan pasca bayar terbaik buat penjawat awam terutama mereka yang bekerja di lapangan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata perkara itu dijangka akan diumumkan esok.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

"Kita mulakan dengan para penjawat awam sebab saya dapat banyak aduan daripada pegawai jabatan penerangan terutama yang berada di lapangan dan ramai barisan hadapan panjawat awam yang berada dilapangan tentang kos untuk isu telco," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan Negeri Selangor 2023, di sini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata satu perbincangan akan diadakan bersama syarikat telekomunikasi esok bagi menawarkan pakej internet lebih murah kepada petugas media di negara ini.

Beliau percaya usaha dilakukan KKD dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membolehkan banyak lagi inisiatif pengurangan pakej internet diumumkan sama ada untuk pengguna dan media.

Media Baharu