fb fb fb fb fb

KPK usulkan geran penanaman semula sawit kepada Kementerian Kewangan

(Datuk Seri Fadillah Yusof semasa melawat ke ladang sawit, Pulau Carey)

KUALA LANGAT, 6 Ogos- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mengusulkan tentang geran penanaman semula sawit kepada Kementerian Kewangan. 

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata permintaan geran tersebut disuarakan oleh pekebun kecil sawit berikutan jangka masa tanaman yang agak berusia dan perlu penanaman semula. 

"Ini sebab kalau tanam semula tidak ada hasil, perlu tunggu empat tahun dan tahun kelima baru mereka mula bayar. Untuk mereka yang sudah berusia boleh menamakan anak-anak sebagai generasi penerus kepada ladang mereka untuk mendapatkan pinjaman.


(Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof)

"Pinjaman ini bukan hanya untuk penanaman semula tetapi untuk baja, racun, input pertanian dan pembelian alat pertanian dan ini yang kita sediakan melalui pinjaman mudah ini", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Program Sembang Santai Trek Komoditi Kementerian Perladangan dan Komoditi bersama pekebun kecil sawit Negeri Selangor di Pulau Carey hari ini.

Selain inisiatif tanaman semula, kerajaan turut menawarkan pinjaman modal menerusi Agrobank dengan yuran pengurusan sebanyak dua peratus dan bayaran bermula pada tahun kelima. 

Program sembang santai itu merupakan pendekatan turun padang kerajaan dengan pekebun kecil sawit terutamanya di negeri Selangor sekali gus memberi penerangan berkaitan Amalan Pertanian Baik serta situasi pasaran sawit negara.

Media Baharu