fb fb fb fb fb

KKD akan teliti langkah bantu pengamal media

IPOH, 28 Mei- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan meneliti beberapa langkah untuk membantu bekas pengamal media mendapatkan pekerjaan selain bantuan kewangan.

Menurut menterinya, Fahmi Fadzil ia termasuk memanfaatkan ekonomi digital dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Jelas beliau, kerajaan akan terus mendampingi bekas wartawan terutama mereka yang menghadapi masalah kesihatan dan kewangan.

"Pihak-pihak lain juga boleh turut sama turut memberi sumbangan dalam tabung tersebut dan akan teliti dengan penganjur HAWANA kementerian kewangan semoga beberapa perkara dapat memudahkan buat sumbangan sedemikian rupa," katanya di sini.

Pada majlis kemuncak sambutan HAWANA 2023, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk Tabung Kasih@ HAWANA 2023.

Sementara itu, penerima ditemui memuji usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu komuniti media yang berdepan masalah kewangan.

Menurut bekas wartawan Ou Sa Ha @ Ou Kok Meng, "bantuan tersebut sangat bagus kerana tidak melupakan wartawan veteran."

Perkara itu juga merupakan berita gembira buat Harun Shafei, kerana "masih ramai bekas wartawan di luar sana yang memerlukan bantuan."

(Ou Sa Ha @ Ou Kok Meng)

Media Baharu