fb fb fb fb fb

MBI anjur program khatan percuma

BANGI, 28 Mei- Seramai 35 anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik diberi tajaan berkhatan secara percuma melalui program 'Sunathon'.

Program anjuran Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (MBI) itu antara lain bertujuan melatih doktor, penolong pegawai perubatan dan jururawat melakukan khatan dengan cara yang selamat.

Ketua MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata pengamal perubatan juga akan dilatih melakukan khatan menggunakan 4 teknik berbeza dengan selamat dan mengelakkan komplikasi utama.

"Kita juga tahu teknologi-teknologi terkini yang ada seperti kaedah laser, clamp...tadi ada solehring umpamanya dan ini semua kemajuan dalam bidang berkhatan ini, tidak lagi seperti zaman dahulu," katanya.

(Ketua MBI, Ahmad Azri Zainal Nor)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Comprehensive Circumcision Workshop (CCW) 2023, di sini hari ini.

Tambah Ahmad Azri, kumpulan pengamal perubatan turut akan diambil menjadi sebahagian daripada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia sukarelawan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di negeri Selangor.

Selain itu, program merekrut sukarelawan Bantuan Perubatan Malaysia Program tahunan 'Sunathon' masyarakat di kawasan-kawasan yang memerlukan.

Media Baharu