BANDA HILIR, 3 Oktober- Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro meneruskan lawatan ke Melaka dan melawat Bangunan Merah Stadhuys di Banda Hilir yang merupakan ikonik bersejarah di negeri itu.
Kiro dan suaminya Dr Richard Davies tiba kira-kira pukul 6.20 petang di dataran itu.
Dalam lawatan tersebut hampir setengah jam itu, Kiro sempat melawat Muzium Sejarah dan Etnografi dan kawasan sekitarnya.
Kiro tiba di Malaysia pada Ahad bersama suami tiba di Malaysia dan rantau Asia Tenggara untuk lawatan sulungnya sejak memegang jawatan pada 21 Oktober 2021.
Lawatannya ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sebelum memulakan lawatan kerjanya di Melaka Kiro sempat hadir ke Kolej Yayasan Saad.
(Dame Cindy Kiro mengadakan lawatan ke Melaka)