fb fb fb fb fb

KPWKM komited bantu keluarga jururawat

BESERI, 3 Oktober- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk membantu keluarga jururawat yang meninggal dunia dalam kejadian bunuh di Arau, Sabtu lalu.

Bantuan terutamanya sokongan emosi dan psikologi dengan menawarkan khidmat kaunseling kepada anak-anak dan keluarga mangsa.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu memaklumkan, pihaknya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menempatkan dua orang pelindung bagi memantau keadaan keluarga berkenaan.

"KPWKM bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan mengenal pasti penjaga yang sesuai untuk menjaga anak-anak mangsa dan memastikan kesesuaian penempatan mereka di bawah Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) dengan memberi keutamaan hak pemeliharaan kepada keluarga," katanya kepada pemberita di sini.

Aiman Athirah turut menzahirkan ucapan takziah dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa ketika menziarahi keluarga jururawat berkenaan di Kampung Paya, Beseri.

(Anak kepada jururawat yang maut dibunuh terima KPWKM)

Media Baharu