KUALA LUMPUR, 3 Oktober - Peruntukan subsidi hampir RM400 juta disediakan sebagai langkah meningkatkan beras putih tempatan dalam pasaran.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jumlah subsidi berkenaan dapat mengurangkan harga beras import terutamanya di Sabah dan Sarawak.
"Jumlah subsidi diberikan untuk menurunkan harga beras import di Sabah dan Sarawak daripada 50, 49, 31 10kg dan juga jumlah subsidi untuk penggunaan beras-beras import di fasiliti kerajaan seperti sekolah berasrama penuh kementerian pendidikan, kesihatan, dalam negeri , polis dan tentera adalah RM350 juta hingga RM400 juta.
"Jumlah RM350 juta ke RM400 juta ini; kementerian kewangan akan sediakannya sebab Menteri Kewangan telah bersetuju tentang subsidi diberikan itu demi kepentingan rakyat", katanya Ahmad Maslan
Beliau mengulas perkara itu selepas Pelancaran Program Majlis Kesihatan Makro Usahawan Malaysia-China (MCEH 2023) di ibu kota hari ini.
(Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan/FOTO RTM)