PERAK, 3 Oktober- Seorang ahli perniagaan di Taiping kerugian sebanyak RM213,700 kibat ditipu sindiket pemberi wang berlesen yang tidak wujud.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan memaklumkan, mangsa berusia 51 tahun itu, telah melihat dua iklan pinjaman wang di media sosial dan berhasrat hendak membuat pinjaman bernilai RM130,000.
Mangsa melakukan urusan dengan dua orang lelaki telah diarahkan untuk memindahkan sejumlah bayaran bagi tujuan kos pemprosesan.
Hasil siasatan mendapati, mulai 11 September hingga 30 September, mangsa telah membuat 49 transaksi ke dalam 30 nombor akaun bank yang berasingan.
Mangsa hanya menyedari ditipu apabila dia gagal menghubungi lelaki itu bagi bertanyakan mengenai status pinjaman berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).
(Tangkap layar kenyataan media polis Perak)