PUTRAJAYA, 3 Oktober- Para pemimpin politik serta rakyat disaran berganding bahu bagi memastikan politik negara dalam keadaan stabil dengan mengelakkan sebarang perbezaan pendapat.
Perkara itu disebabkan kestabilan politik penting bagi memastikan kedudukan ekonomi Malaysia kembali mengukuh.
Jika sebaliknya, ia boleh menyukarkan kepimpinan negara memacu usaha untuk meningkatkan ekonomi negara.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, menerusi ekonomi yang kukuh, ia dapat menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara ini.
"Ini amat penting disebabkan untuk memulihkan ekonomi negara kita kerana kita bukan bukan sahaja bergantung dengan pelabur-pelabur dalam negara pelabur di luar negara. Namun kita perlu mempunyai dasar dan strategi yang jelas yang pastinya kestabilan politik sebab kalau asyik bertukar kerajaan, sudah pasti pelabur tidak akan datang.
"Berikan keutamaan kepada kepentingan negara. Kepentingan negara ialah mewujudkan kestabilan untuk memberi pandangan yang konstruktif bagaimana kita dapat pulihkan ekonomi negara kita," katanya dalam sidang media, selepas merasmikan Persidangan Biodiesel Sawit ke-4 di sini.
(Datuk Seri Fadillah Yusof)