fb fb fb fb fb

Kibar Jalur Gemilang, bendera Pahang jayakan Bulan Kebangsaan - Wan Rosdy

(Wan Rosdy pada Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan
Kibar Jalur Gemilang Tahun 2022 Peringkat Negeri Pahang)

TEMERLOH, 15 Ogos- Rakyat Pahang diseru supaya mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri di premis serta kediaman masing-masing bagi menjayakan Bulan Kebangsaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bendera tersebut perlu dikibarkan dengan penuh kebanggaan.

Menurutnya, langkah tersebut secara tidak langsung mampu memperkasa semangat patriotisme dalam diri.

"Saya pantau pengibaran Jalur Gemilang ini dan saya dapat laporan bahawa berlaku peningkatan dari sehari ke sehari dan kita akan perhebatkan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2022 Peringkat Negeri Pahang di Semantan Walk, di sini.

(Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)

Tambahnya, amalan kibar Jalur Gemilang dan bendera negeri seharusnya trending dan dibudayakan.

Jelas Wan Rosdy, perpaduan kaum amat penting dalam memastikan tanah air kekal utuh, mampan dan harmoni.

Media Baharu