fb fb fb fb fb

MYDIN tawar promosi, penjimatan berganda

(Kempen MYDIN 65 Tahun "Bersama Keluarga Malaysia" dan Kempen Beli
Barangan Malaysia akan bermula pada 18 Ogos hingga 30 Oktober 2022)

SUBANG JAYA, 15 Ogos- Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) bakal menawarkan barangan berharga promosi dan penjimatan berganda bersempena sambutan ulang tahun MYDIN ke-65, seiring bulan kebangsaan.

Kempen MYDIN 65 Tahun "Bersama Keluarga Malaysia" dan Kempen Beli Barangan Malaysia akan bermula pada 18 Ogos hingga 30 Oktober 2022, kata Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin.

Kempen tersebut melibatkan semua cawangan MYDIN bagi membantu meringankan kos sara hidup masyarakat.

"Terdapat pelbagai peraduan bersama rakan strategik kempen yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta, MYDIN akan memberi peluang kepada usahawan-usahawan baharu untuk memperkenalkan produk mereka dan memasuki pasar raya melalui peraduan 'Pitch To Win'," kata Ameer Ali dalam sidang media berhubung pelancaran kempen berkenaan, di MYDIN Subang Jaya.

Tambah beliau, tiga pemenang peraduan Pitch To Win akan ditawarkan pakej pemasaran bernilai RM100,000 dan peluang memasarkan produk mereka di seluruh cawangan MYDIN.

(Datuk Ameer Ali di temui dalam sidang media selepas pelancaran kempen MYDIN 65
Tahun "Bersama Keluarga Malaysia" dan Kempen Beli Barangan Malaysia)

 

Media Baharu