fb fb fb fb fb

PKNS, Bank Islam jalin kerjasama bantu B40 miliki kediaman

(Foto hiasan)

SHAH ALAM, 15 Ogos- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjalin kerjasama dengan Bank Islam bagi membantu golongan B40 memiliki kediaman.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mahmud Abbas menyatakan kerjasama ini akan menawarkan kemudahan Pembiayaan Perumahan-i Bank Islam yang berdasarkan prinsip Tawarruq.

"Pelanggan-pelanggan kami dapat menikmati rumah idaman mereka. Ini kerana pelanggan PKNS bukan golongan berada, rumah kita jual berharga RM600,000 ke bawah, rumah kebanyakan B40 dan M40", katanya.

Kemudahan itu bertujuan untuk memudahkan pelanggan mendapatkan pembiayaan perumahan kerana bank menawarkan pakej untuk hartanah kediaman yang masih dalam pembinaan atau yang telah siap.

Kemudahan pembiayaan perumahan yang disediakan ini bertempoh sehingga 35 tahun atau sehingga usia pemohon mencecah 70 tahun.

Selain itu, akses khidmat nasihat perancangan kewangan juga disediakan bagi membantu pelanggan bijak mengurus kewangan mereka.

Beliau berkata demikian selepas Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara PKNS dan Bank Islam di Shah Alam, Selangor.


(Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas)

Media Baharu