fb fb fb fb fb

Khidmat feri ke Langkawi dari Terminal Kuala Perlis dihentikan pada 1 dan 2 Mac

(Siaran media Ferry Line Ventures Sdn Bhd)

LANGKAWI, 13 Februari- Perkhidmatan feri dari Terminal Kuala Perlis ke Pulau Langkawi dihentikan sementara pada 1 dan 2 Mac depan susulan situasi alur pelayaran yang cetek.

Paras air laut di alur pelayaran Kuala Perlis pada tarikh berkenaan dijangka berada pada paras bawah 1.6 meter dan tidak selamat untuk dimasuki feri.

Berikutan itu, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom menasihatkan penumpang untuk menggunakan perkhidmatan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah bagi menggelakkan sebarang kesulitan.

“Semakan dan tempahan tiket dalam talian boleh dilakukan menerusi aplikasi Cuti-Cuti Langkawi,” katanya.

Sebanyak lima trip kekerapan feri disediakan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 7.00 malam bagi dua tarikh berkenaan.

Selain itu, lima trip perkhidmatan feri turut disediakan dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 7 malam pada tarikh sama.

(Foto BERNAMA)

Media Baharu