fb fb fb fb fb

Transformasi RTM seiring pendigitalan arus perdana

KUANTAN, 13 Februari - Usaha kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pahang menaik taraf konti radio dengan sistem teknologi terkini serta penyampaian lebih dinamik amat bertepatan dengan pendigitalan arus perdana .

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata transformasi yang dibuat juga merupakan usaha berkesan bagi memastikan fungsi radio kekal relevan selain mengaplikasikan platform digital lain seperti saluran tv dan media sosial.

"Saya rasa yang penting supaya kita memahami apakah platform yang boleh kita gunakan supaya radio akan terus relevan dan terus kekal diminati ramai, jadi saya rasa pendekatan telah digunakan pasukan kita, di Pahang ini sangat bagus kerana sambil, jika zaman saya dahulu radio itu kita dengar, tetapi kita lihat tadi boleh berinteraksi secara terus. Itu keperluan waktu ini bersiaran di pelbagai platform jadi saya rasa apa yang kita buat di sini memang terkedepan dan sesuatu yang bagus," kata Suhaimi di sini.

(Suhaimi ketika berucap merasmikan konti baharu PahangFM)

Bersempena sambutan Hari Radio Sedunia 2023, Jabatan Penyiaran Negeri Pahang (RTM Pahang) hari ini turut merasmikan konti baharu PahangFM dan disempurnakan oleh Suhaimi.

Beliau dalam pada itu turut berkesempatan bersiaran secara langsung bersama penyampai radio Pahang FM iaitu DJ Ana dan DJ Harun selama setengah jam dalam segmen ‘Zon Apa Khabar Weh’ yang turut disiarkan secara langsung di saluran Berita 123 Mypreview.

Sejurus itu, beliau turut beramah mesra bersama kakitangan RTM Pahang dan melawat ruang kerja unit MCR serta Studio TV.

Media Baharu