fb fb fb fb fb

APM Kedah bersedia sepenuhnya bantu mangsa di Turkiye dan Syria

BALING, 13 Februari - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah bersiap siaga sekiranya diarahkan untuk membantu operasi memyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob berkata anggota APM cukup terlatih dan mempunyai kepakaran tinggi menyelamat dalam operasi yang membabitkan bencana.

"Anggota pertahanan awam sentiasa bersedia dengan latihan-latihan yang selalu kita buat khusunya pasukan selam, khas pertahanan awam dan pasukan pasukan yang lain yang telah diberikan latihan dan kursus pendedahan penagalaman dengan pasukan terlibat dalam operasi. Insya-Allah ini hala tuju kita bawah kerajaan kita yang ada sekarang," kata Awang Askandar di sini.

(Awang Askandar ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Hi Tea, di sini)

Setakat ini, APM menerusi petugas khas APM telah menghantar seramai 20 anggotanya menyertai operasi menyelamat mangsa gempa bumi di kedua dua negara berkenaan.

Media Baharu