fb fb fb fb fb

KFW 2022 tampil model menjolok mata, penganjur disiasat

ALOR SETAR, 10 Ogos- Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap penganjur Kedah Fashion Week (KFW) 2022 yang didakwa menampilkan model dengan pakaian menjolok mata pada majlis yang berlangsung di sebuah kompleks beli-belah di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajan Tempatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata hasil semakan yang dibuat, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fesyen Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

"Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau, malam tadi.


(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajan Tempatan Negeri Kedah,
Datuk Dr Mohd Hayati Othman)

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita tampil memakai sut potongan formal serba hijau tanpa mengenakan pakaian dalam hingga menampak bahagian dada pada KFW2022 yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos lalu.

Gambar yang tular kemudian mendapat kritikan daripada orang ramai termasuk netizen yang mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PAS.

Memetik laporan media pada 4 Ogos, Mohd Hayati menasihatkan penganjur agar mematuhi peraturan serta syarat-syarat melalui kelulusan lesen hiburan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kota Setar.

Beliau berkata, sewajarnya pakaian yang diperagakan mestilah sopan serta tidak menjolok mata.

"Walaupun pertunjukan fesyen antara acara yang dibenarkan di dalam Enekmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 diharapkan pakaian yang diperagakan mestilah sopan bersesuaian dengan budaya timur," katanya.

Mohd Hayati juga menjelaskan, Kedah Fashion Week berkenaan di luar bidang kuasa pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) manakala urusan kebenaran dan lesen dikeluarkan oleh pejabat daerah.

Katanya, MBAS hanya menjalankan tugas pemantauan untuk memastikan syarat serta peraturan yang ditetapkan dipatuhi pihak penganjur.

Media Baharu