fb fb fb fb fb

Kolaborasi tempatan, antarabangsa perluas mutu perfileman negara

(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin)

PETALING JAYA, 10 Ogos- Kolaborasi dengan pelbagai negara dapat memperluas industri kreatif dan perfileman tempatan.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, melalui perbincangan bersama FINAS, pihaknya menggalakkan lebih banyak lagi kolaborasi filem antara Malaysia dan Indonesia.

Jelasnya, filem-filem Indonesia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan filem-filem Melayu dari segi bahasa, budaya, seni lakon dan plot penceritaan.

FINAS pula disaran agar dapat memberi bantuan dari segi geran atau dana bagi merangka promosi secara meluas.

Seterusnya memastikan filem kaloborasi yang dihasilkan sangat berkualiti dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan dan luar negara.

"Sekarang ini kita telah bincang dengan FINAS kita menggalakkan lagi kolaborasi filem antara Malaysia dan Indonesia sebab kita lihat bahasanya serumpun mudah difahami, jalan cerita ada persamaan dan kita lihat sekiranya filem-filem 'coproduction' seperti ini dapat dibuat filem lain terutama filem sejarah yang kita lihat Malaysia- Indonesia dapat kerjasama maka kita dapat lihat lah filem berkualiti," katanya.

Beliau berharap kerjasama antara dua negara akan membuka peluang kepada produksi tempatan untuk bekerjasama dengan negara serantau.

Zahidi ditemui media pada malam gala tayangan filem Pengabdi Setan 2 di Petaling Jaya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Professor Dr Md Nasir Ibrahim.


(Datuk Zahidi (tengah) pada malam gala tayangan filem Pengabdi Setan 2 di Petaling Jaya)

Filem kaloborasi antara Malaysia dan Indonesia itu pernah mencatat kutipan pecah panggung bagi filem sekuel pertama yang ditayangkan pada tahun 2017.

Pelakon hebat negara iaitu Bront Palare turut membintangi filem berkenaan.

Media Baharu