fb fb fb fb fb

Kebakaran: Warga emas ditemui rentung

TANGKAK, 10 Ogos- Seorang lelaki warga emas maut, selepas rumah didiami di Kampung Kesang Laut, Tangkak, Johor terbakar, malam tadi.

Mangsa, Abdul Karim Md Aroff, 93 tahun, ditemui dalam keadaan rentung seluruh badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala isteri mangsa pula, Jibah Md Hussin, 87 tahun melecur sebahagian badan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz memaklumkan, kedua-dua mangsa dilaporkan tinggal bersama seorang anaknya.

Namun semasa kejadian, anak mangsa tiada di rumah.

Setibanya 19 anggota dengan bantuan BBP Muar di lokasi, kebakaran telah berjaya dipadam oleh orang awam.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.


(Anggota bomba di lokasi kejadian bagi menyelamat mangsa)

Media Baharu