fb fb fb fb fb

13,038 permohonan SJKP diluluskan kerajaan setakat Mei lalu

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Kerajaan sudah meluluskan sebanyak 13,038 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) berjumlah RM1.5 bilion, setakat 31 Mei lalu.

Jelas Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah, ia bagi membantu golongan sasar yang berkemampuan mendapatkan akses pembiayaan perumahan walaupun tidak mempunyai gaji tetap dan dokumen pendapatan secara rasmi.

Penyediaan jaminan sehingga RM2 bilion juga turut diumumkan kerajaan menerusi Bajet 2022 dalam usaha meningkatkan jumlah penyertaan golongan sasar dalam skim tersebut.

"Selain itu, skim ini turut ditambah baik di mana had jaminan pembiayaan telah dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM400,000 yang turut merangkumi yuran guaman dan yuran penilaian hartanah," kata Shahar menjawab soalan Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah.

Pihak kerajaan juga giat melaksana pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran kepada golongan sasar berhubung kewujudan skim tersebut.


(Foto Fail)

Media Baharu