fb fb fb fb fb

TalentCorp selaras padanan kerja untuk graduan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Kementerian Sumber Manusia (MOHR) menggunakan khidmat Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bawah seliaannya bagi padanan kerja kepada graduan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, ia bagi mengenal pasti senarai pekerjaan kritikal yang telah diterbitkan sejak 2015
dengan kerjasama Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA).

"Senarai ini akan mengenal pasti pekerjaan-pekerjaan yang sukar diisi merangkumi keperluan pekerjaan bekeperluan tinggi mahir dan separa mahir termasuk kelulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional iaItu TVET yang berada di bawah MOHR juga untuk kita menyesuaikan padanan dari segi kemahiran dan kebolehan bekerja dan juga permohonan daripada mereka untuk dapatkan pekerjaan ini," katanya.

Padanan kerja ini bagi memberi manfaat kepada belia sesuai kelayakan.

Beliau menjawab soalan dikemukakan senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.


(Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim)

Media Baharu