Keyakinan masyarakat terhadap TH kekal kukuh

Foto arkib / RTM

MELAKA, 14 Ogos – Keyakinan masyarakat terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dilihat masih kukuh apabila ramai memilih untuk mengekalkan simpanan mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengalaman TH dalam urus simpanan dan haji meningkatkan kepercayaan masyarakat.
  • Pematuhan prinsip syariah dijadikan asas utama keyakinan pendeposit.
  • Kemudahan perkhidmatan dan tadbir urus yang baik meyakinkan pelanggan.
  • Pendeposit anggap TH lebih selamat serta membantu pembayaran persediaan haji.

Tinjauan RTM di Melaka mendapati, orang ramai percaya kepada TH berdasarkan pengalaman institusi itu dalam menguruskan simpanan dan urusan haji, selain pematuhan kepada prinsip syariah.

Rata-rata pendeposit menyifatkan pengalaman pengurusan, kemudahan perkhidmatan serta tadbir urus TH sebagai antara faktor yang mengukuhkan keyakinan mereka.

“Tapi memang di sinilah (TH) kita nak simpan duit untuk pergi haji ataupun umrah. Simpanan di TH ini memang sangat diperlukan oleh setiap orang kerana kita mengharapkan simpanan tersebut untuk memenuhi keperluan kita menunaikan haji,” kata pendeposit TH, Asmah Md Noor.

“Sebab saya rasa di sini lebih selamat. Saya sendiri pun baru pergi haji tiga tahun lepas. Sebab kita ini generasi dari dahulu lagi, jadi sampai sekarang keyakinan terhadap TH itu masih ada,” kata pendeposit TH, Kamaliah Kasban.

“Itulah tujuan utama saya menyimpan, iaitu untuk pergi haji. Kalau saya simpan di bank lain, nanti duit itu asyik keluar masuk, akhirnya habislah duit saya,” kata pendeposit TH, Fatimah Aziz.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.