
BAYAN LEPAS, 14 Ogos – Projek pembinaan jambatan ikonik empat lorong bernilai kira-kira RM500 juta menghubungkan persisiran Bayan Lepas ke Pulau Jerejak bakal bermula bulan hadapan.
- Dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2029; infrastruktur sepanjang satu kilometer.
- Pulau Jerejak berpotensi menjadi pusat kewangan menghimpunkan pemodal teroka, institusi perbankan, dana ekuiti persendirian dan pelabur teknologi.
- Projek melengkapkan ekosistem semikonduktor dan teknologi tinggi di Bayan Lepas.
- Dilaksanakan tanpa menjejaskan nilai warisan; 85 peratus kawasan hutan simpan telah digazetkan.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sim Tze Tzin berkata infrastruktur sepanjang satu kilometer itu dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2029.
“Pulau Jerejak berpotensi dibangunkan sebagai pusat kewangan yang menghimpunkan pemodal teroka, institusi perbankan, dana ekuiti persendirian dan pelabur teknologi. Selain melengkapkan ekosistem semikonduktor dan teknologi tinggi di Bayan Lepas,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengedarkan Jalur Gemilang bersempena Hari Kebangsaan 2026 di Sungai Nibong.
Katanya, projek berkenaan dilaksanakan tanpa menjejaskan nilai warisan sejarah iaitu 85 peratus kawasan hutan simpan telah digazetkan di pulau berkenaan.
Jelasnya, akses ke jambatan itu dirancang dari kawasan bulatan berhampiran Queensbay dan Jambatan Harapan serta dihubungkan dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, manakala reka bentuknya masih diperhalusi.