fb fb fb fb fb

Kevin Rudd dilantik duta Australia ke AS

CANBERRA, 20 Disember- Bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd dilantik sebagai duta ke Amerika Syarikat bagi memperkukuh kerjasama keselamatan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Anthony Albanese menggelar Rudd sebagai salah seorang pakar dengan China.

Pastinya beliau akan membawa pengalaman penting kepada peranan itu.

Rudd, fasih berbahasa Mandarin dan telah menulis serta bercakap secara meluas mengenai hubungan luar dengan China sejak dia berhenti daripada politik pada 2013.

Selain memiliki ijazah kedoktoran Oxford, beliau turut mengetuai Institut Perhubungan Antarabangsa Persatuan Asia di New York pada September.

Rudd sebelum ini pernah berkhidmat sebagai perdana menteri Australia dari 2007 hingga 2010 dan sekali lagi pada 2013, selepas itu beliau mengumumkan pengundurannya sebagai ketua parti Buruh kebangsaan. Beliau meletak jawatan daripada parlimen Australia sejurus selepas pilihan raya 2013.

Anak bongsu daripada empat beradik itu dilahirkan di Nambour, Queensland pada tahun 1957.

Beliau akan memegang jawatan sebagai duta Australia ke Amerika Syarikat pada awal 2023.-REUTERS

(Kevin Rudd/REUTERS)

Media Baharu