fb fb fb fb fb

Pameran dan jualan kempen ‘Ini Batik Malaysia’ di Parlimen

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) sekali lagi mengadakan pameran dan jualan Kempen ‘Ini Batik Malaysia’ di Parlimen Malaysia bermula semalam hingga esok (Rabu) sempena Parlimen bersidang.

Pameran di aras 1 Bangunan Blok Utama, Parlimen itu merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia bagi memartabatkan industri kraf batik tempatan.

Selain pemakaian Batik Malaysia pada setiap hari Khamis dalam kalangan penjawat awam dan Ahli Parlimen ia juga bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat.

Pada masa yang sama MOTAC berharap inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dapat merancakkan semula industri kraf negara di samping membantu usahawan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi mereka.

Sebagai menyokong pembelian produk tempatan, baucar bernilai RM30 turut ditawarkan bagi setiap gandaan RM100 untuk pembelian produk itu.

(Foto hiasan)

Media Baharu