fb fb fb fb fb

Ketua jabatan perlu kerap turun ke lapangan - KSN

(Foto Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara)

PUTRAJAYA, 15 Jun- Ketua jabatan dan agensi perlu kerap turun ke lapangan sebagai usaha membaiki defisit kepercayaan antara kerajaan dan penjawat awam.

Ini penting bagi memastikan pelaksanaan dasar kerajaan dapat difahami dan dilaksana semua kakitangan.

Jelas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali, pemimpin organisasi perlu memastikan visi yang digalas dapat dihayati bersama ke arah perkhidmatan yang lebih efisien.

"Ketua-ketua yang ada ini walaupun dia tegas, keras ke apa perlu kerap turun ke bawah dan jangan harap hanya orang di bawah sahaja untuk melaksanakan tugas. Ia adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan menjayakan organisasi masing-masing," katanya kepada pemberita dalam program Bual Bicara Bersama KSN yang dikendalikan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Seri Dr Mohd Shukor Mahfar sempena Majlis Ulang Tahun ke-20 Program Sarjana Pengurusan Awam UUM.

Tambah Mohd Zuki, penjawat awam antara individu yang paling cepat bertindak dan melaksanakan tanggungjawab seperti biasa biarpun kerajaan bertukar kerana ia merupakan kesetiaan kepada kerajaan.

Antara amalan terbaik yang perlu diikuti setiap penjawat awam adalah sentiasa bersedia dan kekal tenang dalam setiap situasi kerana tertakluk kepada prosedur dan peraturan sedia ada.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu