fb fb fb fb fb

Kestabilan politik teras utama pembangunan negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah di Tawau, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur/Foto Facebook PMO

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri adalah keutamaan perlu diambil kira dan diteliti semua pihak.

Menurut beliau tanpa kestabilan politik, segala usaha pembangunan dan kebajikan rakyat sukar untuk dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

"Justeru, perbincangan perlu diadakan dalam mencari kesepakatan yang lebih luas dan mengambil sikap yang lebih terbuka,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas mengadakan pertemuan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah di Tawau, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur bagi mengakhiri lawatannya ke negeri itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat Tawau atas sambutan baik sepanjang lawatannya.

“Terima kasih Tawau dan sampai berjumpa lagi!” katanya ringkas.

GRACE AISYAH KEDAYAN