fb fb fb fb fb

Kestabilan politik, tadbir urus baik pacu ekonomi Malaysia

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KOTA KINABALU, 19 Oktober- Kestabilan politik perlu seiring dengan tadbir urus yang baik sebagai usaha untuk menyelesaikan semua isu berkaitan rakyat sekali gus dapat memacu ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tadbir urus yang baik bukan sahaja membolehkan dasar yang jelas digubal, malah dapat mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

"Tetapi kalau tiris banyak, kalau bocor sana sini kesannya tak sampai ke bawah upamanya dalam Belanjawan 2025 Malaysia MADANI semalam peruntukan Sabah itu peruntukan tertinggi berbanding dengan mana-mana negeri di Malaysia.

"Ia bagi memastikan masyarakat tidak ketinggalan. Prasarana baik Pan Borneo siap mengikut jadual jalan-jalan, termasuk desa dan pedalaman diperbaiki, sekolah-sekolah baru, sekolah lama diperbaiki klinik kesihatan dan hospital juga turut diumum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2024, Sayangi Rakyat di sini.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024, Perdana Menteri menyatakan sokongan penuh Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ), untuk memaju ekonomi negeri itu menerusi pelaksanaan Ekonomi Biru.

Beliau berkata berkata, kerajaan bawah pimpinannya sedia melengkapkan keperluan bagi merealisasikan hasrat Sabah.

"Kini kita mendapat idea ini daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang bijak, mahu buat melalui lautan biru sebagai hab baharu bagi rantau ini.

"...dan saya sebagai Perdana Menteri akan memberikan sokongan sepenuhnya apa diperlukan untuk memastikan Sabah berjaya. Begitulah cara kami bekerja. Adakah kami bertanding? Tidak, kami melengkapi," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI