fb fb fb fb fb

Kestabilan politik, jadi keutamaan kesejahteraan rakyat Sabah - Zahid

Foto FB TPM

TUARAN, 22 Jun- Kestabilan politik harus menjadi keutamaan demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata fokus itu tidak seharusnya dihalang oleh perbezaan ideologi dan falsafah politik.

Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan, kerjasama erat kerajaan Persekutuan dan negeri juga penting bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan rakyat.

Ia selari dengan misi kerajaan MADANI yang mahu setiap pembangunan yang dilaksanakan memanfaatkan rakyat.

Tambahnya, kerajaan Persekutuan juga komited untuk menunaikan tuntutan terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk melibatkan hak Sabah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tuaran di Dewan Seri Sulaman.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM