fb fb fb fb fb

Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan perlu perancangan holistik

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail/Foto BERNAMA

SEREMBAN, 22 Jun- Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor awam dan swasta memerlukan perancangan dan pelaksanaan holistik merentas pelbagai agensi dan lapisan masyarakat.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, lebih 30 peratus penglibatan wanita yang memegang jawatan tinggi sektor awam dan angka itu melebihi sasaran.

"Namun demikian langkah-langkah berkesan perlu diambil untuk meningkatkan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor swasta yang belum mencapai 30 peratus.

"...untuk mencapai sasaran 60 peratus tenaga buruh wanita dan meningkatkan penglibatan wanita
sebagai pembuat keputusan dalam sektor
awam dan swasta memerlukan perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang holistik merentas pelbagai agensi lapisan masyarakat dan keluarga," katanya ketika berucap dalam Majlis Karnival Wanita MADANI Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan barisan Exco.

Wan Azizah turut berkesempatan melawat reruai NEGERIfm pada karnival tersebut.

Pada masa sama beliau juga mahu konsep tanggungjawab bersama (shared responsibility) dengan pasangan dalam urusan penjagaan anak-anak perlu dipraktikkan bagi memastikan wanita boleh bekerja dengan sistem sokongan yang utuh daripada keluarga mereka sendiri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI