KUCHING, 22 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, di sini.
Perdana Menteri, yang tiba pada pukul 6.30 petang tadi dan mengadakan pertemuan dengan Wan Junaidi kira-kira 40 minit.
"Dalam pertemuan ini, kami berbicara seputar perkembangan terkini negara serta aspek pembangunan di Sarawak, selain isu-isu semasa terkait hal ehwal kebajikan rakyat," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Majlis itu turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pada sebelah malam beliau menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.
Kunjungan hormat itu adalah pertemuan rasmi pertama kedua-dua mereka sejak Wan Junaidi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Januari lepas.