fb fb fb fb fb

Kesejahteraan, kepentingan rakyat terus dipelihara seperti sebuah keluarga

KOTA BHARU, 23 Julai- Perdana Menteri memberi jaminan kesejahteraan dan kepentingan rakyat akan terus dipelihara seperti sebuah keluarga.

Lebih-lebih lagi dalam menghadapi situasi ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik yang memberi kesan terhadap kos sara hidup rakyat.

"Kerajaan sentiasa mendengar dan menyelami keluhan Keluarga Malaysia tentang kenaikan harga barang khususnya membabitkan bahan makanan dengan RM1.1 bilion dibelanjakan untuk subsidi ayam dan telur serta RM4 bilion untuk minyak masak paket.

"Hasil usaha berterusan kerajaan menangani isu itu dengan memberikan subsidi berjumlah RM77 bilion meletakkan negara pada kadar inflasi terendah di Asia Tenggara," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap bersempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di sini.

(Foto fail)

Media Baharu