fb fb fb fb fb

Kerajaan sasar 55 peratus lepasan SPM pilih TVET menjelang 2025

SEPANG, 23 Julai- Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 55 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih aliran Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjelang tahun 2025, di kesemua 1,295 institusi dan penyedia TVET seluruh negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, TVET merupakan tunjang utama dalam menghasilkan tenaga kerja kompeten untuk bidang teknikal.

Selain, mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.

"Terdapat pusat-pusat latihan dan kemahiran yang dikelolakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diwujudkan bagi pembangunan modal insan belia negara khususnya dalam memenuhi keperluan dan kehendak tenaga kerja mahir untuk industri di Malaysia.

Inilah langkah ke hadapan yang sedang kita laksana, kalau kita lihat negara Jerman dan Korea sebagai contoh, 70 peratus daripada tenaga kerja mereka adalah daripada TVET," katanya selepas menghadiri Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke-17, Zon Tengah di Dewan Besar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini.

(Datuk Seri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan)

Seramai 662 orang graduan diraikan pada majlis tersebut dengan menyaksikan penganugerahan Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia terdiri daripada pelbagai bidang dan peringkat pengajian.

Media Baharu