fb fb fb fb fb

Kesalahan tidak pakai topi keledar, polis Kedah keluarkan 87 saman

CHANGLUN, 22 Disember- Padah kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal, 87 keping saman telah dikeluarkan polis Kedah.

Ia hasil Op Bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bersama sepasukan anggota Balai Polis Changlun dan Balai Polis Jitra diketuai Inspektor Wan Mazuan Wan Mahmud di sekitar Pekan Changlun, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata operasi tersebut dilakukan hasil risikan operasi trafik yang mendapati ramai penunggang motosikal tidak memakai topi keledar.

Jumlah saman yang dikeluarkan meliputi pelbagai kesalahan termasuk tidak memakai topi keledar dan beberapa kesalahan trafik yang lain.

Polis Daerah Kubang Pasu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan tidak mematuhi undang- undang.

Pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti.


(Operasi dilaksana sekitar pekan Changlun pada petang semalam)

Media Baharu