fb fb fb fb fb

Empat maut dalam nahas dua kenderaan

NIAH, 22 Disember- Empat maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pan Borneo berhampiran Kampung Suai, di sini.

Insiden berlaku selepas sebuah kereta jenis Toyota Hilux dari arah Bintulu ke Miri hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan, kemudian bertembung dengan kereta jenis Isuzu D-Max.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, tiga penumpang dalam Toyota Hilux meninggal dunia.

Manakala pemandu dan seorang lagi penumpang dalam kenderaan tersebut cedera.


(Seorang lagi individu yang maut merupakan penumpang dalam Isuzu D-Max)

"Seorang lagi individu yang maut merupakan penumpang dalam Isuzu D-Max. Pemandu dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan cedera parah," katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu